Friday, February 24, 2012

HAPPY BIRTHDAY MUIZ ! ! !


Salam sejahtera buat pembaca semua, pada entry kali ini, saya ingin menceritakan detik ceria bersama En. Sham & Keluarga tentang majlis hari jadi anaknya Muiz pada 18 hb Februari yang lalu.  Anak beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Muiz telah mencapai umur 3 tahun.  Heppy birthday Muiz.  Uncle harap Muiz akan membesar menjadi anak yang soleh, dengar kata ibu-bapa dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.







Tengokla ci cilik ni.... penuh semangat die nak meniup lilin kek tersebut.










Kasih seorang ibu membawa ke syurga...


Satu pose Muiz yang susah nak dapat... hehehe









Kepada keluarga En. Sham, terima kasih kerana menggunakan khidmat kami.  Saya dari Zylock Pictures mengucapkan semoga En. Sham dan keluarga bahagia selamanya.  Insyallah.

Tuesday, February 14, 2012

Irfan Nur Iman

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana kali ini saya ingin menceritakan detik yang paling indah dalam hidup saya bersama isteri Shamshida bte. Sahedan kerana tuhan telah mengurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Irfan Nur Iman.  Anak deddy ni memang lasak orangnya, walaupun kini dia sudah berumur 7 bulan, dia da pandai sebut papa" bla..blaa blaaa dan bergerak pantas sekita 0.5km sejam dengan menggunakan kaki dan tangan (merangkak).  Untuk pengetahuan semua, sewaktu die dilahirkan sekitar 12.15 malam 7.7.2011, die ni kuat sangat menangis, saya terus menghubungi ibu saya menyatakan beliau telah mendapat cucu sulung (kedengaran suara iman sedang menagis) lepas tu terus saya melaungkan azan, kuasa Allah maha besar, terus iman senyap seribu bahasa, tatkala abis jer azan tersebut, die sambung balik menagis...hmmm anak deddy sorang nih...


Gambar ini diambil ketika usia Irfan Nur Iman mencecah 1 hari ! yes SATU hari... alahai... baru jer keluar perut mummy deddy da tangkap gambar, nak suruh posing pun tak reti, yer la kan, semua tangan ngan kaki kene bedung...heheheh



Gambar ke dua ni cukup memberi kesan kepada saya, mungkin kepada bapa - bapa dan ibu ibu diluar sana pun mempunyai perasaan yang sama, yer la anak petama la katakan, jari pun nak amek gambar jugak, almaklumlah, baby ni kuat tido, main kejap jer tido, pastu nangis pastu tido...





Untuk pengetahuan semua, waktu majlis cukur jambul dijalankan, Iman tengah uweeekkk uweeekkk (nangis) namun begitu sejurus orang bersolawat, die terus diam (Subhanallah) sebijik seperti waktu saya mengazankan die selepas die lahir, habis jer semua orang bersolwat, die sambung balik uweeekkkk uweeeeekk nak susu la tue... (maaf gambar kurang memuaskan) gambar handpone kot...


Ni gambar iman sewaktu berusia lima bulan kot, wallanee... gamba dengan ferari merah die... memang rare la, mana nak dapat ferrari 3 tayar macam ni... hehehe




Gambar ni diambil ketika mood Irfan Nur Iman tengah baik, saya bukak baju die tinggalkan pampers jer, set up kan satu flash untuk CLS di tepi katil, dan menggunakan 50mm untuk mengambil gambar tersebut. Jenuh jugak ambil gambar baby ni, bukan senang nak bagi die pandang camera... alahaii anak deddy ni... (gambar kurang memuaskan sebab saiz telah dikecilkan).





Budak gombot ni memang gedik sikit ngan mummy die nih... yerla, mak yang kandungkan kamu 9 bulan kan... hmmmmmm sama tak muka die ngan mummy??? ehhh tak ker? sama ngan deddy kan...heheheeh jangan marah yer mummy.... muahsss....



Korang tengok la muka die tue, memang panjang akal punya budak, ni Iman tengah besiap nak mandi Cuming Pool... Chaaaaahuuuuu!!!





Dah kecut kejung jari pun nak mandi lagi... alahai si kecik ni.... apa pandang pandang... say CHEEESEEEE...




I like this picture... give me thousand smile... eye contact die tu yang mahal.... Iman tengah mamai baru bangun tido, so tak boleh kacau sangat, kang nangis deddy gak yang susah...hehehehe







Ini gambar terkini Irfan Nur Iman, deddy doakan semoga Iman membesar jadi anak yang soleh, pintar dengar cakap mummy and deddy... Ari tu Iman bisik kat deddy nak jadi Imam muda... Alhamdulillah syukur anak deddy nak jadi cam gitu...Insyallah... hehehehehe (saya reka reka jer tue)... Akhir kata dari saya, skarang ni musim panas, banyak kedengaran virus sana virus sini, Iman pun baru sahaja kebah dari demam, suhu die mencecah 40 darjah calcius... uiiiiiii mak aiiiiii tinggi tue... jadi ibu bapa di luar sana kene berhati hati, sebab demam tak kenal erti usia, baik baby mahupun mak bapak pun boleh diserangi demam, fikir fikirkan dan selamat beramal... bye...



Salam buat semua, pertama sekali dan buat sekian kalinya saya ingin memohon beribu kemaafan kerana da lama tak update blog nih, bukan apa, blog saya ni selalu sangat kene repair, heheheeheh (malas) dan pada kali ni saya upload gambar yang terkini iaitu majlis sahabat handai saya "Mat Rock" a.k.a kitam. Resepsi majlis tersebut berjalan dengan lancar di Park Avenue, Seremban 2.














Akhir kata dari saya dan seluruh krew ZyLock Pictures mengucapkan semoga perkhawinan Azrul Shah & Junaidah akan berkekalan hingga ke anak cucu cicit birit tirit kincit...hehehe jangan marah ya... Ok then, saya berhenti disini dan akan datang dengan entry yang lebih terkini.. Assalammualaikum.