Saturday, December 3, 2011

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Salam sejahtera buat semua, setelah sekian lama menyepi kini aku ingin becerita mengenai Pasukan  Bola Sepak Negara kita yang bakal berhadapan dengan seteru jiran setempat iaitu Singapura.  Gempita sorakan peminat amatlah dinantikan oleh squad negara pada 28 Julai 2011 ini di Stadium Bukit Jalil.  Pada aksi perlawanan yang lepas, pasukan kita mudah dilapah oleh skuad Singapura dan gawang telah dirobek sebanyak 5 GOL?!!!. Adakah salah defender kita? ataupun kita menyalahkan padang tiruan sebagai alasan untuk melepaskan gol yang sebegitu banyak.


Tetapi bagi saya tahniah pada pasukan bawah bimbingan Dato Raja Gopal, yang berjaya merapatkan jurang dan walaupun tewas kepada singapura sebanyak 5-3, saya yakin pada aksi ke dua ini Malaysia akan bangkit dan menentang habis habisan dan merapatkan defisit sebanyak 2 gol bagi melayakkan negara kita ke peringkat seterusnya untuk temasya Piala Dunia akan datang.

Jadi pada thread kali ini, saya menyeru rakan rakan yang berkelapangan untuk ke stadium dan memberikan sepenuh sokongan padu kepada mereka untuk mara buat julung kalinya ke peringkat yang lebih tinggi dan setaraf dengan negara asian yang lain seperti Jepun, China dan Korea didalam kejohanan bola sepak.




Kepada pasukan negara, saya mengucapkan selamat maju jaya, mainlah bersungguh sungguh dan menang serta kalah adalah adat permainan tetapi semangat juang perlulah ada sehingga titisan darah yang terakhir (pergggggghhhh gila ayat aku nih)...



Aku memang yakin dan Insyallah skuad harimau negara akan sekali lagi menggemparkan stadium pada khamis ini insyallah.



Semoga kejuaraan sekali lagi milik kita, MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!