Saturday, December 3, 2011

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Salam sejahtera buat semua, setelah sekian lama menyepi kini aku ingin becerita mengenai Pasukan  Bola Sepak Negara kita yang bakal berhadapan dengan seteru jiran setempat iaitu Singapura.  Gempita sorakan peminat amatlah dinantikan oleh squad negara pada 28 Julai 2011 ini di Stadium Bukit Jalil.  Pada aksi perlawanan yang lepas, pasukan kita mudah dilapah oleh skuad Singapura dan gawang telah dirobek sebanyak 5 GOL?!!!. Adakah salah defender kita? ataupun kita menyalahkan padang tiruan sebagai alasan untuk melepaskan gol yang sebegitu banyak.


Tetapi bagi saya tahniah pada pasukan bawah bimbingan Dato Raja Gopal, yang berjaya merapatkan jurang dan walaupun tewas kepada singapura sebanyak 5-3, saya yakin pada aksi ke dua ini Malaysia akan bangkit dan menentang habis habisan dan merapatkan defisit sebanyak 2 gol bagi melayakkan negara kita ke peringkat seterusnya untuk temasya Piala Dunia akan datang.

Jadi pada thread kali ini, saya menyeru rakan rakan yang berkelapangan untuk ke stadium dan memberikan sepenuh sokongan padu kepada mereka untuk mara buat julung kalinya ke peringkat yang lebih tinggi dan setaraf dengan negara asian yang lain seperti Jepun, China dan Korea didalam kejohanan bola sepak.




Kepada pasukan negara, saya mengucapkan selamat maju jaya, mainlah bersungguh sungguh dan menang serta kalah adalah adat permainan tetapi semangat juang perlulah ada sehingga titisan darah yang terakhir (pergggggghhhh gila ayat aku nih)...



Aku memang yakin dan Insyallah skuad harimau negara akan sekali lagi menggemparkan stadium pada khamis ini insyallah.



Semoga kejuaraan sekali lagi milik kita, MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 23, 2011

Dr Ahmad Aizudeen & Dr. Khairunnisaak Wedding

Salam, terlebih dulu saya ingin memohon maaf kerana da lama tak update blog ini disebabkan kekangan masa di pejabat dan sebangainya.  Pada entry kali ini saya ingin memaparkan perjalanan majlis adik saya Dr. Ahmad Aizudeen bersama pasangan beliau Dr Khairunnisaak yang berlansung pada 4&5 Jun yang lalu.


Malam Pernikahan


Diantara sebilangan hantaran dari pihak pengantin lelaki.


Setelah selesai upacara nikah dan secara sahnya sebagai pasangan suami dan isteri. Tahniah diucapkan.












Alhamdullilah semua telah selesai, diharapkan korang berbahagia hingga ke akhir hayat. Insyallah.

Monday, January 24, 2011

Niza & Darwis Reception


Salam semua, pada hari ini aku ingin berkongsi seberapa sikit gamba perkhawinan diantar Niza dan Darwis yang telah dilansungkan di Hotel D' Palma Shah ALam.  Sekalung penghargaan kepada En. Alock Jiggut diatas ke usaha yang telah diberikan sepanjang majlis ini.  Kepada pasangan Niza dan Darwis, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal abadi ke anak cucu.


















Wednesday, January 5, 2011

Perkhawinan Alin

Salam sejahtera, kali ini aku ingin share serba sedikit gambar jiran sebelah umah aku yang berkhawin pada bulan November yang lalu, semoga Lin dan pasangan bahagia hendaknya, tak lupa juga kepada Mike Duk Mane yang memberi peluang untuk aku tag disamping menawarkan pinjaman Lense Lagenda Putih beliau.



























Tuesday, January 4, 2011

Salam dan ucapan tahniah diucapkan kepada sepupu aku Mohd Aridzan Bin Lajis serta Monalisa binti Abdul Aziz diatas perkhawinan mereka pada 25 Disember yang lalu.  Aku doakan semoga kalian akan bahagia hingga ke akhir hayat, Insyaallah..


























Dock Photografi ataupan Pemandangan Jeti merupakan salah satu faberet aku.  Tapi dok dekat KL macam ner nak jumpe dock kan? hehehehehehe oleh itu Mr. Google telah memberikan aku beberapa idea untuk aku "capture" sekiranya aku berada di lokasi berkenaan.