Monday, June 28, 2010

Piala Dunia 2010


Assalammualaikum, adoyai, rindu pulak nak menulis, maklumlah kita sekarangni dilanda demam Bola Afrika Selatan. Jadi secara tak lansung aku terjebak mengikuti perkembangan perlawanan bola Piala Dunia ini dari semasa ke semasa.  Aku pasti setiap orang mempunyai pasukan pilihan masing masing dalam merebut piala yang berprestij ini, betul tak?

Walau bagaimanapun kita dikejutkan dengan penyingkiran Juara Dunia 2006 Itali dan Naib Juara 2006 France di tangan negara yang berbeda rangking didalam FIFA.  Semalam juga salah satu Negara Elit dari Eropah telah kecundang. Yang dimaksudkan disini adalah negara England yang mempunyai bintang bintang antarabangsa seperti Steven Gerrad, Wayne Rooney, Frank Lampard dan sebagainya.  Tetapi ternyata bintang muda dari negara German lebih menguasai bola dengan taktik serangan pantas yang berjaya memerangkap pertahanan didikan Carpelo yang berkesudahan German menang 4-1.

Mesti korang nak tahu kan aku sokong negara mana, jawapanya ialah negara SPANYOL.  Ramai yang mempertikaikan kenapa aku sokong negara tersebut, senang jer, Suka atilah aku nak sokong mana pun kan? hahahahahahahhahaha, taklah, aku mengikuti perkembangan team spanyol ni sejak tahun 2004-2005, sebelum itu aku peminat fanatik negara Turki dan Republic Chec, tetapi anak anak muda pasukan Spanyol ni buat aku tertarik dengan corak permainan "Total Football".  Walaubagaimanapun kebangkitan Sepanyol tidak dapat dengan mudah, seringkali tewas didalam kumpulan dan pada tahun 2008, mereka telah menjadi Juara Eropah.  Itu jer serba ringkas yang aku boleh ceritakan disini.. heheheeheh




Soryla semua, sebab aku memang takda idea, anyway gud luck terhadap pasukan pilihan masing masing. Assalammualaikum

Wednesday, June 2, 2010

High Dynamic Range

Skarang ni memang ramai orang menyukai gambar berunsurkan High Dynamic Range (HDR), apakah sebenarnya maksud HDR?

Teknik HDR atau dikenali sebagai High Dynamic Range Imaging (ringkasnya HDR) merupakan satu teknik Photography yang menggunakan dynamic range luminance antara tempat yang terang dan gelap. Hasil gabungan teknik ini dinamakan HDR.


                                                               sumber daripada Mr. google






































semua gambar diatas adalah dari pemberian Mr. Google.

Imej dari olehan HDR boleh digubah dengan menggunakan software seperti Adobe Photoshop, Photomatix ataupun software HDR yang berada di pasaran.  Sekiranaya ada dikalangan pembaca yang berpengalaman menghasilkan gambar HDR bolehla berkongsi idea dan tutorial kepada saya yang masih baru. Salam akhir dari saya pada kali ini. 

Tuesday, June 1, 2010

Photoshoot ( K T M )

Salam semua, agak keberatan juga untuk jari ni menaip bagi ruangan ini, tapi digagahkan juga kerana ini adalah hasil yang aku dapat walaupun baru mencuba konsep baru iaitu potret bersama model.  Walau bagaimana pun tidak semua gambar dapat diupload berikutan pekara-pekara yang tidak dapat dielakkan.

Thanks and credit diberikan kepada Abam Poji, and Bro Tom diatas kesudian menjemput aku untuk berkongsi idea dan pengalaman ketika pegambaran ini berlaku... For your information, this is the first time aku shoot model since DCIM yang lepas.  Kepada semua yang hadir, thanks for being sporting, uols rock...


Behind the scene...





Sebagai orang baru (newby) banyak perkara aku belajar dari sudut lampu denyar, setting payung, aliran flash yang digunakan dan composisi dimana available light juga amat diperlukan ketika pegambaran ini dilakukan, yerla, kalau iso ciput cam kamera aku nih, mesti sedikit sebanyak memerlukan lampu anugerah ilahi... hehehehe....
  




Walaupun adik-adik ni baru berusia belasan tahun tapi bakat dorang memang "Daring", thumbs up!


Among those pic, the lighting pada gambar ni menjadi favorite aku...



Si Kebaya Hitam...

Semua gambar diatas adalah fresh dari camera, dan tiada sebarang editing telah dilakukan diatas gambar berikutan daripada perkara-pekara yang tidak dapat dielakkan. Sebarang kelemahan boleh diutarakan supaya aku dapat perbaiki dimasa akan datang. Hurmmm last but not least aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang support aku selama ni, mungkin aku akan "berehat" seketika untuk memberi laluan kepada perkara yang lebih dituntut didalam kehidupan dan kepada my brotherhood, teruskan segala usaha yang kita lakukan selama ini, agar benih yang diushakan akan menjadi hasil yang lumayan dimasa hadapan...
regards,

-ezy-
the best thing about pictures is that they never change, even though the person in them do