Saturday, March 27, 2010

Street Candid

Salam kepada semua, setelah sekian lama menyepi diatas faktor faktor yang tak dapat dielakkan kini saya kembali untuk menceritakan serba sedikit tentang "street candid". Nama pun Candid, jadi gambar yang diambil adalah secara bersahaja tanpa any pose... so kita enjoy!!
















Kesemua gambar yang diupload adalah fresh dari kamera, dan tiada sebarang editing yang dilakukan kerana saya tak mempunyai masa.... sory yerk...heheheheheheh any comment boleh dihantar bagi penambahbaikan untuk saya dimasa hadapan... harap uols enjoys... jumpa lagi...

Lampu Denyar


Apa juga jenis kamera yang kita gunakan daripada jenis kompak hinggalah ke model kamera paling mahal di dunia, semuanya akan jadi tidak berguna jika…

…jika tiada CAHAYA.

Sebabnya tanpa cahaya, gambar tidak akan dapat dirakam. Fotografi adalah tentang melukis menggunakan cahaya. Itulah maksud fotografi.

Untuk menambahkan kecantikan sesuatu gambar pula, kita perlu bijak menguruskan cahaya. Tidak kira cahaya buatan ataupun cahaya semulajadi. Adalah lebih baik dan amat menjimatkan jika kita tahu menggabungkan kombinasi cahaya semulajadi dengan cahaya buatan.

Cahaya semulajadi adalah dari cahaya matahari. Cahaya buatan pula ada banyak. Contohnya cahaya dari flash kita, cahaya lampu rumah, cahaya lampu kereta dan banyak lagi. Cahaya-cahaya inilah yang kita gunakan untuk membantu mencantikkan lagi gambar-gambar yang kita rakam.

Jika kita sudah faham sumber cahaya, kita perlu bijak untuk menguruskannya. Ini kerana cahaya mempunyai sifat-sifat yang berlainan. Cahaya flash, cahaya matahari, cahaya lampu kalimantang semuanya berlainan sifat warnanya.





Gunakan flash/speedlight (lampu denyar) jika cahaya tidak mencukupi. Flash adalah satu contoh sumber cahaya tiruan. Bagus mana pun kamera kita, cahaya adalah lebih penting.



Kesimpulannya, cahaya amat penting dalam fotografi. Kita perlu menguruskan cahaya untuk menyerikan lagi subjek kita ok, slamat mencuba...