Sunday, January 31, 2010

Liga Paintball Kebangsaan Malaysia


Salam sejahtera kepada semua, kali ini aku nak membawa uols bersama-sama aku di Liga Paintball Kebangsaan Malaysia bertempat di Padang Astaka Petaling Jaya bermula 30-31 Januari 2010.  Untuk pengetahuan uols, game Extream ni memang telah lama wujud di negara kita dan ia makin berkembang dari semasa ke semasa kerana sukan lasak ini bukan sahaja memberi kepuasan malah ia sukar diertikan dengan kata kata, walaupun lebam badan di tembak, tetapi wajah kepuasan ternyata ada diwajah mereka...


Aku sampai padang Astaka ini around pukul 1 tgh hari. Carik punya carik parking aku terus menuju ke arah medan peperangan Paint ball nih. Wah, bukan main ramai lagi orang, mata meliar carik kelibat uncle aku yang tejebak ke arah game nih, tapi batang idung pun tak nampak, call pun tak berangkat...aishhh....






Last last dapat jugak jumpa ngan Uncle aku, itupun lepas aku jerit nama die kat tepi padang, hehehe pas game jer die sapa aku, then suh aku gi daftar kat kaunter untuk masuk kat dalam. (bukan main ar, tapi jadi visitor) hehehe...Hah! ape lagi... RM30 jer nak dapatkan pass Visitor, tapi itu hanya sebagai deposit, kalau kurang dari 30 minit die pulang balik duit tu, so aper lagi, aku ngan Aca tak melepaskan peluang, bayar then masuk untuk mengambil gambar. Sengal jugak kalau duk luar, atleast kat dalam leh lepak ngan team uncle aku.


Kalau uols nak tau, ni ar nama team Uncle aku 'Shoot in Rage (SIR)... aku pun tak sure sama ada die ni founder kepada team ni or not, tapi nampak cam diela yang paling senior, hehehe jangan marah yer... agak serius jugak team member die nih, almaklumla da masuk Division 3, (bukan senang nak masuk devision 3 nih) kene banyak menang tournament baru rating team naik, itu fahaman aku la, sory kalau silap...


Ai, si Aca nih sempat lagi bagi pose kat aku tue... hehehehe



Serious giler dorang nih citer pasal paintball, anyway korang memang best, sporting because greet me and asha with a warm welcome...kalau kaki aku tak injurd, sure aku nak join korang, leh study camner nak main paintball, (gayat gak, sebab tak penah main menantang nih) heheheeheh syyyhhhhhhhhhh....









Last but not least, dapat jugak aku begambar dengan uncle kesayangan aku yang merupakan ketua kepada team SIR... sory kalau silap...hehehehehe so, i wish u guys all the best and hope your team will be more successful in the future... Insyallah... okeyla, aku stop disini, sambung lagi di thread yang lain, assalammualaikum..

Wednesday, January 27, 2010

Trip to Broga



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, hari nih aku nak menceritakan trip aku ke broga hill yang terletak di Semenyih.  Perjalanan yang memakan masa selama 30 minit dari Cheras telah bermula seawal pukul 5.30 pagi, thanks to Poji, Wan, Asha, Salem dan Ijat yang menyertai trip kali ini.  Yang termampu aku katakan ketika tiba di puncak broga adalah "besar sungguh ciptaan tuhan" dan sungguh aku tak menyangka yang begitu ramai sekali orang yang mendaki bukit tersebut.




Setibanya aku diatas, hanya aku wan dan asha sahaja yang tiba dulu, kawan-kawan yang lain sangkut di  chek point bawak akibat pancit. hahahahahahahaha tu la pasal, yang korang tibai kopi awal-awal sapa suruh, memang tejelir lidah la jawabnya. 





Bila da cukup korum kami memulakan penggambaran kumpulan, dari kiri ialah bro wan, aku asha, emi, poji dan ijat.  Walaupun kepenatan, tapi dorang cukup sporting dan besemangat untuk merakamkan detik waktu ketika berada di puncak broga.



Last but not least, this picture was taken ala-ala pre wedding la, gamba aku bersama tunang tersayang Asha Sahedan. Sape cakap pompuan tak leh daki gunung? jangan tecabar, dia diantara yang terawal naik dan turun bukit, budak lelaki pun kalah wo, jadi sesiapa yang belum lagi mendaki bukit broga saya sarankan kamu supaya terima cabaran bagi menakluki bukit tesebut. heheheheeh sekian saja kali ni, jumpa di lain thread yer... enjoy, asslammualaikum....

Tuesday, January 26, 2010

Klik Klik Klik....

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH



Salam sejahtera semua, hari ni aku nak cerita serba sedikit pengalaman ke Bandar Bersejarah Melaka. Banyak sungguh peninggalan sejarah di bumi melaka, secara tak lansung, ia membuatkan aku merasa bangga sebagai anak Melaka. heheheh uols nak tau tak? sebenarnya aku nih cucu cicit Hang Jebat, ohohoohoho pandai pun korang kan, memang aku tipu pun....

Walaupun kampung aku di Melaka, tapi aku jarang ke bandar Melaka nih, rupa rupanya banyak benda boleh di story kan kat sini. Aku, Asha and Salem telahpun menjelajah ke bandar Melaka ini untuk merakamkan serba sedikit peninggalan sejarah daripada penjajah.



Jalan punya jalan, sampaila aku ke bekas peninggalan penjajah iaitu kota A' Famosa.. Kesan tinggalan bangunan bersejarah ini amat meninggalkan kesan kepada seluruh negeri Melaka dan disinilah tumpuan pelancong seluruh dunia untuk mengetahui sejarah tanah air negara. Untuk pengetahuan uols, aku kesini sebenarnya bersama geng² FDMC bahagian Melaka, dimana mereka menganjurkan program untuk mengambil gambar warisan Melaka melalui lensa 50mm.




Ni diantara salah seorang model tetap yang mengikuti penjelajahan aku ke negeri melaka. Big hand for Mis Aca for giving support along the journey (sponsor makan dan minum) heheehe eh? apa yang dikenangkan tu yer?




Ha, disini aku nak tanya korang semua, ni building ape? oleh kerana aku yang bertanya, biarla aku yang menjawab. Bangunan ini merupakan mahkamah syariah di bandar melaka. Opsss kalau saya salah sila betulkan. =)



Huh, rasanya dakwat komputer aku ni pun makin berkurangan, semoga terhibur dengan tulisan aku kali ini, segala kelemahan akan aku perbaiki dimasa akan datang. Salam takzim dan ceria ceria selalu.. zasssssss..

Apabila kamera berkata-kata....







Assalammualaikum, alhamdullilah hari ini aku sudah mula menulis setelah sekian lama terbengkalai. Tirai 2009 baru sahaja berlabuh dan 2010 akan memberikan 1001 erti dan cabaran yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Okeyla, aku bagi intro serba sedikit "ala-ala cerita kedai kopi". Untuk pengetahuan uols, aku baru sahaja menceburkan diri didalam bidang fotografi pada awal tahun 2009, entahla, orang kata ianya suatu seni, tapi seni ker kalau orang macam aku yang tak berseni ni?? orang kata seni itu bakat, tapi bagi aku seni merupakan suatu yang subjektif dan banyak andaian yang diberikan oleh setiap orang.

Jadi, sebagai permulaan, Bicara Kanta ini merupakan tempat atau platform aku untuk meluahkan, berkongsi atau mengadu tetang perkara-perkara yang boleh merakam kenangan dimana apabila aku baca balik tulisan nih, aku boleh tersenyum almaklumla manusia ni kadang kadang telupa, nanti nak flash back balik memori, aku boleh rujuk disini. Sekian..