Tuesday, November 23, 2010

Point & Shoot!


Gamba dari hasil P&S.










Angah Tunang

Ermmm sedar tak sedar kini adik aku pulak dah nak tunang, yer la, kami semakin dewasa yer tak? this time i want to share a few pictures taken from my brother angagement ceremony.



Bagaikan pinang dibelah dua kan? kan? kan?


Hantaran 1



Hantaran 2



Hantaran 3




Hantaran 4




Hantaran 5




Hantaran 6


Semua sanak saudara memberi perhatian sewaktu perbincangan diadakan diantara keluarga rombongan lelaki bersama keluarga perempuan.



Alhamdulilillah, setelah semua perbincangan dan kata sepakat diterima, Ibundaku menyarung cincin kepada bakal menantunya heheehehehehehe...



Malu-malu pulak die nak cium tangan bakal mak metua..


Makcik-makcik ku yang turut bersama ketika majilis tersebut, dari kiri, Maklang, Maklong, Nisa, Mama & Makteh, thanks for coming all the way for my brother angagement.  Sayang you all.



Gambar mesra bersama bakal besan, hehehee



From left, Ateh, my beloved wife Asha, Nisa with Farhan, my two sister Ain & Aina.  Pasni turn korang pulak.



Amboi amboi, sempat lagi dorang posing tue, farhan cam biasala, anak kemanjaan semua "_*


Inilah satu-satunya gambar yang dapat dirakamkan bagi mewakili rombongan lelaki, ada yang dah balik tapi takpa, semoga legacy cucu Mat Panjang akan terus akrab dan berkekalan. Insyallah.

I M BACK!!!

Asslammualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah setelah lama bz dengan kerja, belajar, aku diberi kesempatan untuk meng hup date ruangan bicara kanta nih. Errmmmmm pada kali nih aku berpeluang nak bercerita tentang aktiviti yang terkini sepanjang ketiadaan aku selama nih, mesti korang bertanya tanya napa la tak hupdate blog, bukan ape, kekangan kerja dan belajar adalah reason utama aku kenapa aku tak menulis dan satu sebab lain adalah aku takde line internet kat rumah.  Ok la, back to the story, disini aku nak memaparkan gamba gamba wedding untuk tatapan semua.  Alhamdulillah, sedara mara, kawan kawan aku pun dah ramai mengikuti jejak langkah aku untuk menempuh alam perkhawinan, ermmm gambar di bawah ni adalah hasil daripada perkhawinan diantara Sharil Amir Mohd Isa dan Wan Asmida Bkhari.  Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja Amir telah bergelar SUAMI orang. hehehehe chayo! chayo!





Debaran ketika mengucapkan lafaz nikah.


 

Mengenggam janji cinta bersama, sehidup semati kekal abadi.




Aku mendoakan semoga korang berdua berbahagia hendaknya Insyallah...




Korang nak tau tak, dimana shoot ini diadakan, planning pada awalnya hendak bergambar di bukit tinggi, tapi disebabkan masalah teknikal, kami buat di tepi jalan sahaja. Sory to both of you, pity you guys, takpe next time kita shoot tempat lain yer.. "_*



 

Wednesday, August 11, 2010

Sabah Negeri di Bawah Bayu

Percutian di Negeri di Bawah Bayu




Waahhh  gatal bebenor jari ni nak menulis, al maklumlah, lama betul meninggalkan ruangan blog ni... bak kata orang da besawang da tempat ni.  Ku susun 10 jari memohon maaf kepada uols sebab tak update page ni, bukan ape, aku becuti lama sangat, honeymoon la katakan... uppssss.

Okla pada kali nih aku nak share pengalaman cuti aku bersama isteri tercinta (Shamshida Sahedan) di Sabah. Best woo...


Gambar diatas adalah pemandangan mata kamera aku time penerbangan dari KLIA ker Sabah. Gayat pulak rasanya bila berada di tempat tinggi nih.




Penerbangan kami mengambil masa selama 2.30 jam...perggh bapak lama.... tapi syok sebab makanan disediakan oleh pihak MAS, tapi tak sedap pun... ish ish..


Pada hari pertama, kami telah dibawa oleh rakan yang berada di sana ke pulau manukan... gambar diatas adalah pemandangan yang diambil sepanjang perjalanan ke pulau tersebut.


cuaca agak baik pada haritu, jadi best la jalan jalan betul tak? =)



Heeheheheeh its us, cheers, otw tu pulau manukan... amacam cemat tak? =)



That's was pulau Mamuntik, just a few opposite to pulau manukan, tempat ni kecik, cantik tapi pulau manukan has much more to offer... hehehehe




Kami da sampai di Pulau Manukan, wahhhh Puan Asha da ready nak skuba driving, boleh ker ek? hehehehe 


oppssss nanti dulu, ingat kan datang pulau ni free of charge, tapi semua kene bebayar.... jadi standby duit banyak banyak yer...


Cuaca makin terik, kalau berendam lama-lama dalam laut karang kulit aku pun berubah jadi gelap, wooohooops~~~ mak tak rela nyah...



Guess which one is Mr / Miss Ezy?


Its time going back to Hotel, mau taknye badan da letih, makan kurang memberangsangkan, jadi rasanye baiklah berehat kat bilik, ape ape pun aku memang puas berada di Pulau Manukan selama beberapa jam.




Pada hari terakhir di Sabah, aku telah dibawa bejalan jalan oleh bro Mustafa Kamal A.K.A Katak ke kaki pergunungan Gunung KK di Kundasang. Tempat ni wajib pergi kalau tak tak guna la datang Kota Kinabalu.


Kami lagi, konon jer sejuk sangat, sejuk lagi peti ais rumah aku...


Sempat jugak kami singgah di Kinabalu Park, kat sini telah dilable "Take Nothing but Photographs, Leave nothing but Footprints, paham tak? Lu Pikirla Sendiri.... hehehehe



Ni adalah last point sebelum meneruskan pendakian menaiki puncak Gunung KK, kami takleh la nak masuk sebab takde pas nak naik atas tue, hehehehehe so, thanks for reading this thread, next time datang lagi and leave some coment for me to improve. =)

Monday, June 28, 2010

Piala Dunia 2010


Assalammualaikum, adoyai, rindu pulak nak menulis, maklumlah kita sekarangni dilanda demam Bola Afrika Selatan. Jadi secara tak lansung aku terjebak mengikuti perkembangan perlawanan bola Piala Dunia ini dari semasa ke semasa.  Aku pasti setiap orang mempunyai pasukan pilihan masing masing dalam merebut piala yang berprestij ini, betul tak?

Walau bagaimanapun kita dikejutkan dengan penyingkiran Juara Dunia 2006 Itali dan Naib Juara 2006 France di tangan negara yang berbeda rangking didalam FIFA.  Semalam juga salah satu Negara Elit dari Eropah telah kecundang. Yang dimaksudkan disini adalah negara England yang mempunyai bintang bintang antarabangsa seperti Steven Gerrad, Wayne Rooney, Frank Lampard dan sebagainya.  Tetapi ternyata bintang muda dari negara German lebih menguasai bola dengan taktik serangan pantas yang berjaya memerangkap pertahanan didikan Carpelo yang berkesudahan German menang 4-1.

Mesti korang nak tahu kan aku sokong negara mana, jawapanya ialah negara SPANYOL.  Ramai yang mempertikaikan kenapa aku sokong negara tersebut, senang jer, Suka atilah aku nak sokong mana pun kan? hahahahahahahhahaha, taklah, aku mengikuti perkembangan team spanyol ni sejak tahun 2004-2005, sebelum itu aku peminat fanatik negara Turki dan Republic Chec, tetapi anak anak muda pasukan Spanyol ni buat aku tertarik dengan corak permainan "Total Football".  Walaubagaimanapun kebangkitan Sepanyol tidak dapat dengan mudah, seringkali tewas didalam kumpulan dan pada tahun 2008, mereka telah menjadi Juara Eropah.  Itu jer serba ringkas yang aku boleh ceritakan disini.. heheheeheh




Soryla semua, sebab aku memang takda idea, anyway gud luck terhadap pasukan pilihan masing masing. Assalammualaikum

Wednesday, June 2, 2010

High Dynamic Range

Skarang ni memang ramai orang menyukai gambar berunsurkan High Dynamic Range (HDR), apakah sebenarnya maksud HDR?

Teknik HDR atau dikenali sebagai High Dynamic Range Imaging (ringkasnya HDR) merupakan satu teknik Photography yang menggunakan dynamic range luminance antara tempat yang terang dan gelap. Hasil gabungan teknik ini dinamakan HDR.


                                                               sumber daripada Mr. google






































semua gambar diatas adalah dari pemberian Mr. Google.

Imej dari olehan HDR boleh digubah dengan menggunakan software seperti Adobe Photoshop, Photomatix ataupun software HDR yang berada di pasaran.  Sekiranaya ada dikalangan pembaca yang berpengalaman menghasilkan gambar HDR bolehla berkongsi idea dan tutorial kepada saya yang masih baru. Salam akhir dari saya pada kali ini. 

Tuesday, June 1, 2010

Photoshoot ( K T M )

Salam semua, agak keberatan juga untuk jari ni menaip bagi ruangan ini, tapi digagahkan juga kerana ini adalah hasil yang aku dapat walaupun baru mencuba konsep baru iaitu potret bersama model.  Walau bagaimana pun tidak semua gambar dapat diupload berikutan pekara-pekara yang tidak dapat dielakkan.

Thanks and credit diberikan kepada Abam Poji, and Bro Tom diatas kesudian menjemput aku untuk berkongsi idea dan pengalaman ketika pegambaran ini berlaku... For your information, this is the first time aku shoot model since DCIM yang lepas.  Kepada semua yang hadir, thanks for being sporting, uols rock...


Behind the scene...





Sebagai orang baru (newby) banyak perkara aku belajar dari sudut lampu denyar, setting payung, aliran flash yang digunakan dan composisi dimana available light juga amat diperlukan ketika pegambaran ini dilakukan, yerla, kalau iso ciput cam kamera aku nih, mesti sedikit sebanyak memerlukan lampu anugerah ilahi... hehehehe....
  




Walaupun adik-adik ni baru berusia belasan tahun tapi bakat dorang memang "Daring", thumbs up!


Among those pic, the lighting pada gambar ni menjadi favorite aku...



Si Kebaya Hitam...

Semua gambar diatas adalah fresh dari camera, dan tiada sebarang editing telah dilakukan diatas gambar berikutan daripada perkara-pekara yang tidak dapat dielakkan. Sebarang kelemahan boleh diutarakan supaya aku dapat perbaiki dimasa akan datang. Hurmmm last but not least aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang support aku selama ni, mungkin aku akan "berehat" seketika untuk memberi laluan kepada perkara yang lebih dituntut didalam kehidupan dan kepada my brotherhood, teruskan segala usaha yang kita lakukan selama ini, agar benih yang diushakan akan menjadi hasil yang lumayan dimasa hadapan...
regards,

-ezy-
the best thing about pictures is that they never change, even though the person in them do