Monday, November 26, 2012

Mana Pergi Kemanusiaan

Tangisan seorang kanak-kanak Palestin malam tadi di kaca tv cukup membuatkan mana-mana hati tersentuh dan hiba. Terpaksa berpindah 2 hari sekali demi meneruskan kelangsungan hidup akibat hujanan peluru dan bom tentera laknat Israel. Cukup perit melihat wajah seorang ayah yang menceritakan jerit perih membawa anak isteri bergelandangan di bumi sendiri. Wajah kepenatan mulai terpampang jelas akibat tekanan laknat zionis Israel. Untukmu Palestin.




Untukmu Palestin! Alhamdulillah. Pastinya seluruh jemaah Solat Jumaat hari ni baru selesai mendirikan solat hajat dan qunut nazilah untuk saudara kita di Palestin. Doa kita hanyalah satu demi kesejahteraan rakyat Palestin dan kehancuran tentera zionis Israel. Ramai juga yang memilih untukmemboikot produk Israel. Apa jua pilihan mahupun usaha kita, moga usaha kecil kita ini mampu untuk memberi kekuatan kepada seluruh pejuang Islam Palestin dan penduduk Palestin.
Untukmu Palestin! Apa kata kita ambil sikap istiqomah ini dalam membantu saudara kita di Palestin. Istiqomahlah  berdoa selepas solat, solat hajat dan sumbangan wang ringgit walaupun kecil nilainya. Inilah yang terbaik demi memenuhi sabda Nabi, “Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri”.




Boikot Produk Israel

Untukmu Palestin! Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin bukanlah isu baru. Maka, ambe rasa isu boikot juga tidak sepatutnya bermusim ibarat “hangat-hangat tahi ayam”. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Ini yang sepatutnya kita sama-sama usahakan. Ambil kisah seekor burung yang membawa air dalam paruhnya yang kecil untuk membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Biarpun nampak tidak mungkin padam api yang membakar, burung kecil itu tetap istiqomah membantu demi melunaskan tanggungjawabnya membantu! Biarlah apa orang kata, janji kita mulia di mata Allah.
Untukmu Palestin! Andai kita mampu menyelami semangat persaudaraan Islam, kesedihan dan penderitaan rakyat Palestin…In Shaa Allah hati kita akan bersatu padu atas syahadah yang Satu. Lupakan segala perbalahan berbeza ideologi politik yang membawa barah perpecahan. Ayuh bersatu demi lafaz syahadah “Lailahaillahallah, Muhammad Rasululullah”.




Benarkah dapat kita selami, perasaan rakyat Palestin, yang dah sampai tahap gembira hidup hari ini, kerana mati mereka dijanjikan syurga? Redha akan ketentuan Ilahi, berjuang selagi berdiri, mengalah tidak mungkin terjadi..



Terbaca si facebook seorang insan hebat Malaysia, menjual semua harta peribadi, untuk pergi sama berjihad di Palestin. MasyaAllah Subhanallah..Insan sebegini mungkin kurang dari sepuluh rakyat Malaysia yang benar menyahut seruan Allah dan RasulNya.. Lemah dan kerdil rasa diri ini.. Astaghfirullah..




Ini adalah serangan biasa penyokong penyokong Mc D, starbucks dan sebagainya:-

"FB pun yahudi punya apasal tak boikot? jangan ada fb la kalau macam tu?
"Kalau ko nak boikot sangat, humban laptop ko sebab laptop ko pakai processor intel"
****
Tak semua yahudi sokong israel, tak semua kompany yahudi support israel... bagi aku, kita guna apa yang ada untuk attack mereka balik, bak kata senjata makan tuan, seperti yang digunakan oleh penggodam annonymous dimana mereka hack bank bank di Jurussalam dan menggodam Kementerian kementerian di Israel.

Banyak lagi makanan kat Malaysia nih, setakat tak makan Mc D, tak matinya kita ni...Malaysia ni belum ada lagi orang yang MATI sebab tak MAKAN MC.DONALD...
I



Cristiano Ronaldo yang merupakan pemain bola sepak termahal di dunia pun telah menyerahkan kasut emasnya kepada lembaga amal bagi membantu anak anak di palestin, apa sumbangan kita terhadap mereka? renung renungkan dan selamat beramal...


nota pengarang ** # lama dah tak update blog, tapi rasanya kali ini terdetik untuk menulis, walaupun ada yang copy paste tapi isu kali ini rasanya dengan penuh tanggungjawab terhadap saudara seagama patut disebarkan, kita duduk, berdiri, tidur, bangun, nangis, ketawa, berada di bumi bertuah Malaysia dengan aman sedangkan adik beradik, ibu ayah, datuk nenek seagama kita di Palestin bermandi darah, hilang tempat berteduh, kekurangan bahan makanan, penularan penyakit, kekurangan serba serbi akibat ditindas zionis.  Semoga berkat doa rakyat Malaysia khususnya dapat membantu meringankan serba sedikit bebanan mereka disana.. Insya Allah.

Tuesday, March 20, 2012

Majlis Pertunangan Nilam Sari



 Assalammualaikum WBT.   Pada entry kali ini saya ingin berkongsi tentang majlis pertunangan kawan saya iaitu Cik Nilam Sari - aku panggil Nur Nilam Sari yang bertempat di Shah Alam.  Aku pun tak sure mana satu nilam time kecik kecik dulu. Hehehe jangan mara yer Nilam, and aku rasa mesti die yang belah kanan sekali betul tak?


Majlis berjalan dengan lancar, dimulakan dengan bacaan doa selamat serta tahlil sebelum rombongan lelaki sampai di rumah beliau.


Saya difahamkan bahawa sebanyak 7 dulang berbalas 9 yang telah disediakan bagi pihak perempuan









Bagi menyerikan lagi wajah Nilam, beliau telah mendapatkan sentuhan daripada Shae Taib, wallawey memang meletops make up ko nok...hehehe


Puan Shamshida Sahedan juga turut terlibat bagi memastikan cik Nilam kita sentiasa kelihatan segak. (poyo jer)








Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, terima kasih kepada Nilam Sari kerana sudi menjemput saya untuk merakamkan kenangan bermakna ini.